Selamat Datang Ke Kampung Saya

 

Salam semua.

Selamat datang ke kampung saya. Dimana? Maaf lupa nak bagitahu. Kampung saya bernama Kampung Batu 30. Ianya terletak di dalam negeri selangor dan lebih khusus lagi ianya terletak di dalam daerah hulu selangor. Apa yang uniknya kampung saya? Tidak ada apa-apa yang unik. Kampung saya sama seperti kampung-kampung yang lain juga yang terdapat di seluruh Malaysia. Ianya nyaman, udaranya bersih dan segar, pemandangan yang hijau, tenang dan tidak bising, banyak haiwan ternakan terutamanya ayam kampung dan sentiasa riuh rendah dengan bunyi bising kanak-kanak kampung menaiki basikal bermain disana-sini. Kampung saya terletak di bawaj kaki bukit genting highlands. Kalau nak naik genting cuma mangambil masa 30 minit sahaja. untuk ke kuala lumpur pula mengambil masa 40 minit. Saya di lahirkan di kuala lumpur (PPUM) tetapi dibesarkan di sini oleh nenek saya (atuk dah meninggal). Kampung ini menyimpan seribu kenangan manis dan pahit yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila. Saya membesar sebagai budak kampung. Mandi sungai, memancing ikan, berkhemah di hutan, mencari buluh lemang, mencari kayu api di hutan, melastik burung, menjala ikan, berbasikal mengelilingi kampung, sembahyang jemaah di surau, mengaji Al-Quran di kelas fardu ain, beramain police and thief, bermain kaki tiga, main mercun pada malam raya, bertandang dan bertakbir dirumah orang pada malam raya, menolong orang di ketika ada majlis kenduri kahwin (jadi Penanggah) dan banyak lagi adalah kenangan dan pengalaman yang telah saya perolehi sebagai budak yang hidup di kampung.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.